Wednesday, November 18, 2009

KERJA!!! KERJA!!!!


Sekarang ni aku sibuk dengan kerja bar. Kesibukan kerja dan tempat kerja jauh la sebab aku jarang makan. Aku plak jenis x suka makan sorang2. Bosan. Sejak kerja baru ni aku cuma makan nasi sekali ja sehari. Tu pun sikit ja. MR Z tau pla risau. HEHE. Nasib baik la ada juga member kat sini yang senasib dengan aku dan bila nak pi makan kitaorg keluar berdua. Pagi2 mai keja dengan bas. Balik pun dengan bas. Tempat keja atas bukit. Turun bas nak kena menapak punya la jauh. Mmg tiap2 hari aku bersenam. Masuk ofis ja termengah2. Ish2....

Bab makan x kisah sangat sebab mmg berniat nak kurangkan makan. hehehehe. nk tgk tempat keja baru aku...


Ni la dia tempat keja baru aku. tersergam indah atas bukit. mmg cantik untuk orang ada transport. Tapi aku yang xda transport sendiri kena la menapak jauh nak mampus... X pa la. Aku tunggu masa MR Z pindah ja. Bila dah pindah aku suruh dia hantar dan amik tiap2 hari. hehehehe. Diet sambil bersenam la ni.....

Thursday, November 12, 2009

Berat!!! Berat!!!



BMI = BERAT (kg)
TINGGI X TINGGI (m2)

BMI dan Klasifikasi

Kurang 18.5 = Kurang berat badan
18.5 - 24.9 = Berat badan idaman
25 - 29.9 = Berlebihan berat badan
>30 = Obes

Macamna nak kekalkan BMI badan kita.

Aku pernah baca buku Kevin Zahri, Cergas 24/7. Best juga la. Belajar macamna nak jalani gaya hidup yang sehat. Dalam buku tu cakap. Buku ya bukan aku yab cakap....

Jangan skip meals.
Orang selalu x makan pagi sebab nak kurus. Tapi sebenarnya salah. Kalau x makan pagi metabolisme ja yang kurang. Susah juga ni.

Mengikut kata Kevin Zahri Panduan Terbaik adalah dengan Makan 5-7 hidangan sederhana sehari dan kurang makan/minum 2-3 jam sebelum tidur.Orang selalunya suka tidur lepas makan sebab bila dah makan mata pun berat. Nak tidur la tu.....

Kawal nafsu makan.
Dah nama pun nafsu mmg susah nak kawal. Kalau dah makanan melambak depan mata memang susah nak pilih makanan yang baik. Sebab tu kena makan 5-7 kali sehari untuk mengawal nafsu makan.Banyak tu. Jangan makan banyak. Maksudnya makan banyak kali tapi dalam kuantiti yang sikit. Baru betul. Ni x, kalau 7 kali sehari makan benda berat mmg obes la.

Tingkatkan tahap keaktifan tak semestinya kena jogging atau bersenam di gym. Yang penting tingkatkan aktiviti physical untuk bakar lebih kalori, seperti:
  • Park reta jauh2. bleh bersenam sebab kena jalan.
  • Jangan guna lif tapi naik tangga. Usaha taggga kejayaan
  • Selalu bersihkan rumah. Exercise sambil mengemas. Persekitaran bersih hidup pun sihat. Betul! Betul! Betul!
Ketahui keperluan kalori diri sendiri. Ini penting dan jika rajin, bandingkan keperluan kalorie dengan pemakanan kalorie seharian. Kalau rajin, kalau malas sendiri mau ingat la.

Eliminate makanan yang tak elok dan tidak perlu. Kekadang makan/minuman yang actually tak perlukan sangat pun….just because its there, doesn’t mean we have to eat or drink them. Selalunya kalau dah ada makanan depan mata mmg main belasah ja. Lepas ni kena pikir dulu la sebelum makan.

Diet pills?
Yes they work tetapi tak jika tak gabungkan penggunaannya dengan makanan yang terkawal rasanya jadi gemuk gak kot. Pil boleh ka bagi kurus kalau x bersenam. Macam mustahil ja. Tapi rasanya bersenam tanpa makan pil lagi baik sebab jimat dan sihat. yea...Bersenam juga bleh panjangkan umur. Rasanya kalau silap makan pil boleh pendek umur kot. Sapa nak umur pendek.???? Minta simpang la. Jadi bersenamlah untuk memanjangkan umur.

Idola nih !!!!

Tun Dr Mahathir yang kini dah 84 tahun pun cakap yang kalau nak badan sihat dan umur panjang selalu la bersenam. Kurangkan makan fast food sebab x sihat. Bukan x boleh makan langsung tapi makan la dua minggu sekali sebagai hadiah untuk diri sendiri. Kagum betul tengok pasangan bahagia tu yang sampai sekarang sihat dan bersemangat meneruskan hidup. Caya la...

Monday, November 9, 2009

Hasrat hati!!!!

14 March 2010!!! Bakal menjadi tarikh yang bermakna dalam hidupku. Masalahnya aku terpaksa mengurangkan sedikit berat badan. Rasanya kena kurangkan makan. Jadi aku bersama-sama dengan rakan sekerja berpakat untuk mengamalkan cara pemakanan sihat. Bermula 1/12/2009. Tiga bulan 1/2 sebelum majlis berlangsung. Mampukah aku? Mari kita tengok. hehehe. Dah nak kawen baru nak sedar diri. Ish..Ish.. Doakan kejayaanku. Bukan sebab nak pakai kebaya (bakal suami larang pakai baju kebaya.... kesian! kesian!) sebab nak ringan skit la... hek..hek...hek...

Aku terpengaruh dengan kakak ofis yang promote kempen 99HTN... Mana la tau kalau2 aku mampu bat gak. try ja la. x salah pun. Tunggylah keputusannya nanti... Kepada kawan2 ku. MARILAH BERJUANG MENURUNKAN BERAT BADAN. CAYOK!!! CAYOK!!!






lepas ni kena la ikut piramid ni dengan betul. Kalau x, makan ikut sedap hati dengan mulut ja. Apa nak jadi ni......