Thursday, November 12, 2009

Berat!!! Berat!!!



BMI = BERAT (kg)
TINGGI X TINGGI (m2)

BMI dan Klasifikasi

Kurang 18.5 = Kurang berat badan
18.5 - 24.9 = Berat badan idaman
25 - 29.9 = Berlebihan berat badan
>30 = Obes

Macamna nak kekalkan BMI badan kita.

Aku pernah baca buku Kevin Zahri, Cergas 24/7. Best juga la. Belajar macamna nak jalani gaya hidup yang sehat. Dalam buku tu cakap. Buku ya bukan aku yab cakap....

Jangan skip meals.
Orang selalu x makan pagi sebab nak kurus. Tapi sebenarnya salah. Kalau x makan pagi metabolisme ja yang kurang. Susah juga ni.

Mengikut kata Kevin Zahri Panduan Terbaik adalah dengan Makan 5-7 hidangan sederhana sehari dan kurang makan/minum 2-3 jam sebelum tidur.Orang selalunya suka tidur lepas makan sebab bila dah makan mata pun berat. Nak tidur la tu.....

Kawal nafsu makan.
Dah nama pun nafsu mmg susah nak kawal. Kalau dah makanan melambak depan mata memang susah nak pilih makanan yang baik. Sebab tu kena makan 5-7 kali sehari untuk mengawal nafsu makan.Banyak tu. Jangan makan banyak. Maksudnya makan banyak kali tapi dalam kuantiti yang sikit. Baru betul. Ni x, kalau 7 kali sehari makan benda berat mmg obes la.

Tingkatkan tahap keaktifan tak semestinya kena jogging atau bersenam di gym. Yang penting tingkatkan aktiviti physical untuk bakar lebih kalori, seperti:
  • Park reta jauh2. bleh bersenam sebab kena jalan.
  • Jangan guna lif tapi naik tangga. Usaha taggga kejayaan
  • Selalu bersihkan rumah. Exercise sambil mengemas. Persekitaran bersih hidup pun sihat. Betul! Betul! Betul!
Ketahui keperluan kalori diri sendiri. Ini penting dan jika rajin, bandingkan keperluan kalorie dengan pemakanan kalorie seharian. Kalau rajin, kalau malas sendiri mau ingat la.

Eliminate makanan yang tak elok dan tidak perlu. Kekadang makan/minuman yang actually tak perlukan sangat pun….just because its there, doesn’t mean we have to eat or drink them. Selalunya kalau dah ada makanan depan mata mmg main belasah ja. Lepas ni kena pikir dulu la sebelum makan.

Diet pills?
Yes they work tetapi tak jika tak gabungkan penggunaannya dengan makanan yang terkawal rasanya jadi gemuk gak kot. Pil boleh ka bagi kurus kalau x bersenam. Macam mustahil ja. Tapi rasanya bersenam tanpa makan pil lagi baik sebab jimat dan sihat. yea...Bersenam juga bleh panjangkan umur. Rasanya kalau silap makan pil boleh pendek umur kot. Sapa nak umur pendek.???? Minta simpang la. Jadi bersenamlah untuk memanjangkan umur.

Idola nih !!!!

Tun Dr Mahathir yang kini dah 84 tahun pun cakap yang kalau nak badan sihat dan umur panjang selalu la bersenam. Kurangkan makan fast food sebab x sihat. Bukan x boleh makan langsung tapi makan la dua minggu sekali sebagai hadiah untuk diri sendiri. Kagum betul tengok pasangan bahagia tu yang sampai sekarang sihat dan bersemangat meneruskan hidup. Caya la...

No comments: